a

Friday, January 16, 2009

V17 ARDF OPEN 2009 - Revised DATE

Latest update!!!

Due to overwhelming response from participants and suggestion from sponsors to make this event more special and grand.
Organizers has agreed and decided to extend the date to '5th APRIL 2009'.

Hopefully all the hunters may have adequate time for better preparation.

tq
9W2SNA

Monday, January 12, 2009

JEMPUTAN ARDF

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Komuniti Wilayah V17 dengan bangga menjemput semua warga radio amatur dan peminat radio komunikasi di Malaysia menyertai pertandingan Amateur Radio Directional Fox Hunting (ARDF) anjuran Komuniti Wilayah V17 bersama Pusat Kokurikulum WP Kuala Lumpur.

Acara ini julung kali diadakakan terbuka buat semua komuniti radioamatur samada Marts, Astra, Mares, Parts, Pradas, SCS, Jasra, AKRB,Paras, Komuniti Radio Amatur dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor,Melaka mahupun komuniti-komuniti kecil seperti V33, Vee99 dan komuniti bukan radio amatur tetapi berminat dengan teknik membangunkan perkakasan radio mencari isyarat disamping beriadah dalam hobi ini.

Tujuan acara ini di adakan adalah bertujuan untuk mewujudkan semangat berkerjasama, bersukan dan bersaing yang sihat dikalangan peminat radio amatur atau peminat hobi elektronik melalui cara pembangunan (homebrew) peralatan, kecergasan dan kecekapan minda. Dan yang penting para peserta dapat menguji keberkesanan hasil homebrew masing-masing. Radio amatur bukan sahaja sebagai satu wadah komunikasi buta semata-mata tetapi satu ruang mengaplikasikan apa yang kita cenderung kepada satu kemuncak pengujian tahap kejayaan kita bereksperimen.

Antara pertandingan yang akan dipertandingkan ialah (rujuk laman webrasmi wilayah V17 utk sebarang perubahan):

1)Antena ARDF terbaik (Setiap antena yang dibangunkan oleh peserta akan disaring mengikut kriteria teknikal seperti SWR, galangan, kekemasan etc)

2)Pertandingan Fox Hunt Individu (Hadiah utama ialah sebuah Transceiver popular)

3)Pertandingan Fox Hunt Berkumpulan (Hadiah misteri tetapi sangat dicari)

4)Pertandingan Slalom Fox Hunt (Pertama kali dibawa ke Malaysia mungkin dimana terdapat beberapa antena yang memancar dimana peserta yang duduk harus mencuba mendapatkan susunan antena yang memancar di hadapannya. Mudah!)

Dan Acara Flea Market di tapak acara.

Demi memastikan peluang tuan-tuan menang dalam pertandingan ini, jaguh-jaguh V17 seperti Raymond dan Fadhil serta sekutu V17 tidak dibenarkan bertanding tetapi bertindak sebagai panitia sahaja.

Bagi yang ingin memiliki transceiver radio amatur - Model popular (antara hadiah utama) boleh lah mencuba nasib. Hadiah-hadiah lumayan menanti anda ;)

Acara ini akan diadakan pada 8 Mac 2009 ini.

Lokasi - Kuala lumpur, lebih detail akan dimaklumkan melalui laman web rasmi V17 di http://wilayahv17.blogspot.com atau http://v17ardf2009.blogspot.com

Nah.. tunggu apa lagi, bangunkan antena fox hunt anda.. charge kembali handie talkie anda yang dah berhabuk dan bersedialah memenangi hadiah menarik pada 8 Mac ini !! Inilah masanya anda menunjukkan kejantanan tuan-tuan. Jumpa di sana!!

Penyertaan dan pertanyaan lanjut bolehlah email kepada

wilayahv17@gmail.com
Maklumat lanjut akan diberikan dari masa ke semasa. Tunggu!!

9W2SNA

Thursday, January 08, 2009

V17 ARDF OPEN V17

BERITA BAIK!!!

Buat semua penggemar GAME "FOX HUNT" atau "AMATEUR RADIO DIRECTION FINDING" (ARDF) atau "RADIO ORIENTEERING".

Komuniti V17 akan menganjurkan Pertandingan ARDF OPEN pada 8 MAC 2009. Bertempat di KUALA LUMPUR.

Penyertaan adalah terbuka samaada SWAL atau RADIO OPERATOR di dalam Malaysia.

JIKA anda minat sukan antarabangsa ini, SAHUTLAH cabaran ini. Kami percaya pengalaman yang akan anda peroleh pasti berbeza dengan sukan lain.

Banyak hadiah menarik sedang menanti termasuk set TRANSCEIVER. Sila hantarkan sebarang pertanyaan dan penyertaan awal melalui email kepada WILAYAHV17@GMAIL.COM .

Sila lawati laman web V17ARDF2009.BLOGSPOT.COM untuk mendapatkan keterangan lanjut dan terkini.

Terima Kasih.

Related Posts with Thumbnails