a
Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

Suksesnya Majlis Bersama 9M - 18 Ogos 2009

PETIKAN DARI MAIL WILAYAH V17

Salam

Mlm td dgn jayanya kita telah berjaya mengumpulkan rakan2 radio tak kira kelab terutamanya +-70 org rakan2 yang baru lulus utk mendapatkan pandangan dan nasihat serta tandatangan 9M untuk memancar di jaluran Amatur. Majlis ini telah berlangsung di Restoran TomYam Azizatul Hasanatul, Tmn Ukay Perdana. Dengan rakan2 yang bersilih-ganti hadir dan memberikan Salam Contact Perdana 2009, alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua 9M yang hadir dan meluangkan masa utk majlis ini :-

9M2RS
9M2RZL
9M2ADI
9M2ALL
9M2SQL

Sekalung tahniah buat mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung (SMF, SNA, POK, CIA, WF, WPG, TBC, NTT, UWR , rakan2 dr SCS, VIVA, MARES dan ramai lg), terutamanya kpd perancang majlis iaitu PRO dlm menjayakan majlis ini. Juga terima kasih diucapkan kepada PRO bersama SCS kerana sekali lagi berbesar hati menggunakan dana Pendidikan SCS mrk utk kebajikan Majlis Bersama 9M ini.

InsyaAllah, bak kata SMF dgn amal jariah dan bukannya amal jahilliah, kita mampu mengorak langkah yang lebih jauh selari dgn peredaran masa.

73

Tuesday, May 13, 2008

Gunung Nuang - Amateur Radio - TV3 Bulletin 11/05/08

TANIAH KEPADA RAKAN-RAKAN

Wednesday, May 07, 2008

RADIO PROCEDURES DURING EMERGENCIES

Monday, November 26, 2007

Bagaimana Menggunakan Pengulang (Repeater).

Pengulang adalah menyerupai satu stesyen yang tidak mempunyai operator, selalunya terletak di tempat yang TINGGI seperti atas bukit atau bangunan tinggi. Kebiasaannya pengulang di tempatkan di satu kawasan yang TINGGI. Pengulang berfungsi memancar semula isyarat lemah atau kuat dari Pemancar Radio Bimbit (Walkie Talkie / Handie Talkie)atau pemancar dari kenderaan (Mobile) kepada kawasan yang lebih LUAS
dan JAUH dari kebiasaannya tanpa menggunakan pengulang. Malahan isyarat dari Pemancar kenderaan yang sedang bergerak (Mobile) lebih mantap dari biasa tanpa pengulang.

Pengulang terdiri dari PENERIMA (RX / Input) dan PEMANCAR (TX /OUTPUT) berserta beberapa peralatan kawalan dan penapis atau dikenali sebagai "DUPLEXER". Dengan bantuan penapis ( Low / High Pass Fillter), membolehkan ia berfungsi memancar dan menerima dalam masa yang sama. Berbeza dengan komunikasi biasa dilakukan seperti diantara dua stesyen (Simplex) yang hanya menggunakan satu frekuensi sebagai penerima dan memancar dalam frekuensi yang sama. Pengulang 2 meter Radio Amatur
mempunyai Frekuensi Menerima (Input Frequency) 600 kHz lebih rendah dari Frekuensi Memancar (Output Frequency).

Untuk mengguna atau memasuki pengulang, pastikan anda Pemancar Terima (Transceiver) anda berada dalam Frekuensi dan konfigurasi yang betul,kemudian anda umumkan "9W2BBA di frekuensi" (9W2BBA on frequency) atau "9W2BBA bersedia untuk panggilan" (9W2BBA standing by for a call). JANGAN umumkan "9W2BBA mendengar" (9W2BBA listening) serta lepaskan butang PTT (Push to Talk) dan berharap seseorang akan memanggil anda.
Anda sebenarnya mengumumkan 'anda hanya mendengar' (monitor) dan tidak menunjukan keinginan untuk berkomunikasi (QSO).

Jika konfigurasi anda betul pengulang akan memancar isyarat anda. Jika tiada jawapan ia hanya meningalkan bunyi pembawa gelombang (Carrier), senyap selepas beberapa ketika.

Adalah penting anda memantau atau mendengar di pengulang, memancar serta mengumukan apa-apa maklumat atau isyarat akan boleh didengar, mungkin anda atau orang lain. Anda tidak mungkin mendengar dari stesyen yang sedang bergerak secara terus, memberikan status isyarat (Signal Report) adalah cara yang amat baik untuk diperaktikan. Laporan status isyarat (Signal Report) adalah terhad kepada anggaran berapa kuat pancaran Stesyen yang sedang bergerak diterima di Penerima Pengulang (Input Repeater) bukan isyarat di radio penerima anda. Ada tiga peringkat yang selalunya kedengaran: PERTAMA 'SENYAP' tiada langsung kedengaran bunyi kebisingan (Noise) pada latar belakang. KEDUA 'KEBISINGAN HALUS' (Smooth Noise) seperti hanya sedikit bunyi bising "HISS" dalam isyarat. KETIGA "KEBISNGAN KASAR" (Rough Noise)
amat sukar difahami kerana kebisingan latarbelkang yang tinggi, seperti 'Crackling' atau terputus dengan bunyi gangguan.

Sesekali mendengar melalui Frekuensi Penerima (Input frequency)pengulang semasa sedang berkomunikasi di pengulang adalah idea yang baik, tujuannya adalah untuk memeriksa samada stesyen tersebut boleh didengar tanpa bantuan pengulang jika ia berdekatan. Adalah tidak baik untuk memperaktikan berkomunikasi menggunakan pengulang bila komunikasi secara terus (Simplex) boleh dibuat. Berpindahlah (QSY) ke
frekuensi simpleks (Simplex) dan biarkan pengulang terbuka kepada panggilan kecemasan atau stesyen yang jauh untuk menggunakannya.

Setiap pengulang adalah dikongsi oleh banyak operator atau stesyen,jadi setiap komunikasi atau percakapan itu hendaklah setiasa pendek dan padat (KISS - Keep It Short and Simple). Lebih bersesuaian bercakap untuk jangka masa tidak lebih dari dua hingga tiga minit dan berhenti atau biarkan Pengulang kosong (Pause) dalam satu atau dua saat diantara dua stesyen sebelum mengambil PTT, tindakan ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada mana-mana stesyen atau operator untuk membuat panggilan masuk (Break-In) atau kecemasn. Setiap pengulang mempunyai ciri "characteristics" tersendiri penggunanya:- cara terbaik yang harus dipatuhi ialah: "Dengar dengan baik sebelum memancar transmisi".

INGAT!!! Perlu Ingat' agar tidak menjerit atau tinggi suara kepada PTT dan kedudukan hendaklah dalam jarak yang betul diantara mulut dan PTT, untuk kualiti audio yang bagus kepada penerima. Seorang operator yang bijak sentiasa menguji kualiti audionya semasa ke udara.

Menggunakan KUASA PANCARAN TINGGI tidak banyak membantu sebenarnya. INGAT tidak kira berapa tinggi atau rendah kuasa yang memasuki pengulang, kuasa yang keluar (Pancaran) tetap pada tahap yang sama seperti yang telah ditetapkan untuk pancaran pengulang tersebut. KUASA PANCARAN TINGGI juga boleh menyebabkan kekerapan berlaku kepada lain-lain pengulang yang berdekatan. Gunakan kuasa hanya pada tahap yang bersesuaian kepada pengulang yang anda rasa bersesuaian dengan lokasi anda. Ingat!! bila membuat pancaran kepada "Satellites" anda berhubung melalui pengulang yang telah dikonfigurasikan supaya tutup secara otomatik apabila terlebih penerimaan kuasa pancaran masuk.Dalam semua perkara mengenai pengulang menggunakan kuasa pancaran yang bersesuaian sudah mencukupi untuk mengujudkan satu komunikasi yang
berkualiti.

73

Petika Dari 9W2BBA

9W2SNA

Wednesday, August 15, 2007

Berita harian hari ini 15.08.2008

Alat kesan gelombang mudah dibeli

JAWATANKUASA Penaja Persatuan Pengguna-Pengguna Prihatin Selangor &Wilayah Persekutuan tertarik siri laporan khas yang disiarkan BuletinUtama TV3 baru-baru ini mengenai jenayah mencuri barang elektronikdalam kenderaan.

Memang menjadi tanggungjawab sosial media mendidik masyarakat danmembantu mengurangkan kadar jenayah.

Paparan ini menarik minat pelbagai pihak dan menyedarkan masyarakatterhadap langkah perlu diambil segera untuk menghindarkan daripadamenjadi mangsa.Penjelasan Zulkifli Harun, pereka cipta negara membuka mata banyakpihak, terutama agensi penguat kuasa

Walaupun ada pelbagai peralatan canggih digunakan, kreativitipenjenayah dan usaha mencipta serta memanipulasi amat hebat.

Bagaimanapun, apa yang paling ditakuti pengguna adalah lambakanperalatan digunakan begitu mudah didapati di pasaran terbuka.

Kebanyakan peralatan itu boleh didapati di kedai elektronik dan pasardi ibu kota. Kebanyakannya barang buatan China dan murah.

Seperkara lagi ditakuti, tanggapan masyarakat terhadap pengguna radioamatur berlesen.

Sekiranya diteliti, kebanyakan peralatan digunakan penjenayah adalahperalatan uji kaji (experimental equipment) yang digunakan pengamalradio amatur di negara ini.

Pengesan gelombang (frequency detector), transceiver radio danpengimbas gelombang adalah antara peralatan biasa digunakan peminatdan pengamal radio amatur di negara ini.

Transceiver radio bimbit adalah alat popular digunakan pengguna radioamatur berlesen kerana mudah dibawa dan ringkas. Alat ini sebenarnyamurah dan boleh didapati dengan mudah di kedai elektronik tanpa perlumenunjukkan lesen radio amatur dengan pilihan pelbagai ferkuensi.

Jawatankuasa Penaja Persatuan Pengguna-Pengguna Prihatin Selangor &Wilayah Persekutuan amat bimbang dengan perkara ini. Kerajaan melaluiagensi sedia ada perlu mengambil langkah drastik dan tindakan segerabagi mengekang perkara itu.

Harus diingat, memperketat undang-undang dan mengawal penggunaanperalatan sebegini amat perlu, tetapi pengguna dan pengamal radioamatur perlu dilindungi untuk hobi ini terus berkembang dan bolehdimanfaatkan pada rakyat.

Kawalan ketat, larangan dan sekatan perlu mengambil kira pelbagaifaktor lain.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus lebih sensitifdalam hal ini. Lambakan barang buatan China tidak berkualiti perludisekat supaya tidak membahayakan penggunanya.

Dari
MOHD ASRI SHAFII
Setiausaha 1Jawatankuasa Penaja
PersatuanPengguna-Pengguna Prihatin Selangor & Wilayah Persekutuan.

Related Posts with Thumbnails