a

Tuesday, April 07, 2009

TANIAH UNTUK PEMENAG ARDF OPEN V17

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada semua pemenang Kejohanan ARDF 2009 anjuran Wilayah V17
dan Pusat Ko KL.

Terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan ini dan diharap segala
pengalaman yang dikecapi sewaktu pertandingan dapat memberikan manfaat
dan faedah berguna kepada anda semua.

Saya mewakili pihak penganjur memohon ribuan maaf sekiranya terdapat
sebarang kecacatan sepanjang pertandingan ini diadakan dan berharap kami
dapat memberikan kepuasan kepada semua yang bertanding. Kami percaya
segala kejayaan tidak akan datang sekiranya tiada usaha dicurahkan. Oleh
itu, wajarlah kemenangan itu berpihak kepada anda semua.

Selaku penganjur pertandingan, kami berusaha sedaya upaya menyediakan
pertandingan yang terbaik dan keputusan yang adil kepada semua peserta.
Oleh itu, kami amat berbesar hati sekiranya tuan-tuan dapat berkongsi
dengan kami pengalaman yang didapati sepanjang kejohanan ini
berlangsung. Kami hanya menyediakan pertandingan dan sudah tentu
pengalaman bertanding ada ditangan anda semua.

Semoga setiap kejayaan tersebut tidak berhenti disitu, mudah-mudahan
anda semua akan berusaha ke peringkat lebih tinggi kelak.

Untuk Info lanjut bolehlah lawat:wilayah V17

73

Monday, March 30, 2009

ARDF Championship

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang terlupa akan ada ARDF Championship. Maka perlu refresh balik memori kawan-kawan kita semua.

Mulai hari ini marilah kita sama-sama membuat promosi menggalakkan ham radio seluruh malaysia dan lembah klang hadir pada ARDF Championship
5/4/09 ini.

Tolong war-warkan acara ini berlangsung bersama-sama:-
1) Eyeball QSO - bertemu dengan ham radio dan chit chat secara langsung. bertukar qsl card atau cenderahati.
2) Flea Market - Jualan peralatan ham radio. Terdapat 3 kedai utama yang menjual barangan radio berjenama ICOM, Yaesu, Kenwood, Diamond, Comet, MFJ etc. Juga Satu gerai menjual T-Shirt Radio amatur.
3) HF Stesen - Stesen untuk ham radio yang ingin ber'QSO' di HF dengan menggunakan Callsign Kelab/A License disediakan. Antena Yagi HF 3.5Mhz-28Mhz.
4) Pameran ham radio. Pameran peralatan ham radio* (akan dipanjangkan pada beberapa ham radio yang mempunyai koleksi radio/peralatan homebrew yang boleh dipamerkan. Juga salinan Award-award QSO dipamerkan.

Diharap bantuan rakan-rakan ham radio agar dapat di maklumkan pada semua newsgroup/mailing list/forum/melalui freq/suara kepada komuniti Pradas, Astra, Astra tengah, PBSM, Mares, Marts, Marts Tengah, V99, V66, V68, V17, V70,semua komuniti V, Republik of Gombak, AKRB, Segamathamclub, PKK, Pengakap, 4X4 Group, Kenari/Waja/Proton/Myvi/Viva radio group, Jasra, Paras, Nesrec,Myardf Penang, ARECTMJ, Uniarm, Procc, Pemancar, SP Ham Radio, AST Ham radio, serta semua komuniti radio yang berkait rapat dengan hobi radio.

Diharap dengan bantuan rakan-rakan menghebah dan menjemput rakan-rakan hadir ini dapat membantu memeriahkan majlis ARDF nanti dan seterusnya membantu mengisi aktiviti sampingan pertandingan seakan Mini Hamfest ;)

Selamat menghebahkan :)
De Admin

Friday, February 06, 2009

Sesi Eyeball bersama 9M2

Dengan segala hormat menjemput rakan-rakan radio amatur tidak kira kelab yang berkelapangan untuk hadir:

Program: Sesi Eyeball QSO bersama 9M2
Tarikh : 6 Feb 2009
Waktu : 8pm - 10.30pm
Lokasi : Al-Kaafah Food Court, Bukit Antabangsa, Ampang Selangor (Peta ke lokasi)
GPS Coordinates:
Latitude - 3N 11' 50.8878" atau 3.1974687347654122
Longitude - 101E 46' 21.4026" atau 101.77261233329773

Bagi mereka yang baru lulus RAE juga digalakkan hadir agar kita dapat mendekati golongan 9M2 dan seterusnya menimba ilmu dari mereka insyaAllah.

*** Tiada sebarang bayaran dikenakan kerana tujuan baik adalah PERCUMA dan dengan harapan kita dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama penggemar radio amatur***

Standby Freq - 145.2125Mhz

Jumpa di sana.

73

Friday, January 16, 2009

V17 ARDF OPEN 2009 - Revised DATE

Latest update!!!

Due to overwhelming response from participants and suggestion from sponsors to make this event more special and grand.
Organizers has agreed and decided to extend the date to '5th APRIL 2009'.

Hopefully all the hunters may have adequate time for better preparation.

tq
9W2SNA

Monday, January 12, 2009

JEMPUTAN ARDF

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Komuniti Wilayah V17 dengan bangga menjemput semua warga radio amatur dan peminat radio komunikasi di Malaysia menyertai pertandingan Amateur Radio Directional Fox Hunting (ARDF) anjuran Komuniti Wilayah V17 bersama Pusat Kokurikulum WP Kuala Lumpur.

Acara ini julung kali diadakakan terbuka buat semua komuniti radioamatur samada Marts, Astra, Mares, Parts, Pradas, SCS, Jasra, AKRB,Paras, Komuniti Radio Amatur dari Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor,Melaka mahupun komuniti-komuniti kecil seperti V33, Vee99 dan komuniti bukan radio amatur tetapi berminat dengan teknik membangunkan perkakasan radio mencari isyarat disamping beriadah dalam hobi ini.

Tujuan acara ini di adakan adalah bertujuan untuk mewujudkan semangat berkerjasama, bersukan dan bersaing yang sihat dikalangan peminat radio amatur atau peminat hobi elektronik melalui cara pembangunan (homebrew) peralatan, kecergasan dan kecekapan minda. Dan yang penting para peserta dapat menguji keberkesanan hasil homebrew masing-masing. Radio amatur bukan sahaja sebagai satu wadah komunikasi buta semata-mata tetapi satu ruang mengaplikasikan apa yang kita cenderung kepada satu kemuncak pengujian tahap kejayaan kita bereksperimen.

Antara pertandingan yang akan dipertandingkan ialah (rujuk laman webrasmi wilayah V17 utk sebarang perubahan):

1)Antena ARDF terbaik (Setiap antena yang dibangunkan oleh peserta akan disaring mengikut kriteria teknikal seperti SWR, galangan, kekemasan etc)

2)Pertandingan Fox Hunt Individu (Hadiah utama ialah sebuah Transceiver popular)

3)Pertandingan Fox Hunt Berkumpulan (Hadiah misteri tetapi sangat dicari)

4)Pertandingan Slalom Fox Hunt (Pertama kali dibawa ke Malaysia mungkin dimana terdapat beberapa antena yang memancar dimana peserta yang duduk harus mencuba mendapatkan susunan antena yang memancar di hadapannya. Mudah!)

Dan Acara Flea Market di tapak acara.

Demi memastikan peluang tuan-tuan menang dalam pertandingan ini, jaguh-jaguh V17 seperti Raymond dan Fadhil serta sekutu V17 tidak dibenarkan bertanding tetapi bertindak sebagai panitia sahaja.

Bagi yang ingin memiliki transceiver radio amatur - Model popular (antara hadiah utama) boleh lah mencuba nasib. Hadiah-hadiah lumayan menanti anda ;)

Acara ini akan diadakan pada 8 Mac 2009 ini.

Lokasi - Kuala lumpur, lebih detail akan dimaklumkan melalui laman web rasmi V17 di http://wilayahv17.blogspot.com atau http://v17ardf2009.blogspot.com

Nah.. tunggu apa lagi, bangunkan antena fox hunt anda.. charge kembali handie talkie anda yang dah berhabuk dan bersedialah memenangi hadiah menarik pada 8 Mac ini !! Inilah masanya anda menunjukkan kejantanan tuan-tuan. Jumpa di sana!!

Penyertaan dan pertanyaan lanjut bolehlah email kepada

wilayahv17@gmail.com
Maklumat lanjut akan diberikan dari masa ke semasa. Tunggu!!

9W2SNA

Thursday, January 08, 2009

V17 ARDF OPEN V17

BERITA BAIK!!!

Buat semua penggemar GAME "FOX HUNT" atau "AMATEUR RADIO DIRECTION FINDING" (ARDF) atau "RADIO ORIENTEERING".

Komuniti V17 akan menganjurkan Pertandingan ARDF OPEN pada 8 MAC 2009. Bertempat di KUALA LUMPUR.

Penyertaan adalah terbuka samaada SWAL atau RADIO OPERATOR di dalam Malaysia.

JIKA anda minat sukan antarabangsa ini, SAHUTLAH cabaran ini. Kami percaya pengalaman yang akan anda peroleh pasti berbeza dengan sukan lain.

Banyak hadiah menarik sedang menanti termasuk set TRANSCEIVER. Sila hantarkan sebarang pertanyaan dan penyertaan awal melalui email kepada WILAYAHV17@GMAIL.COM .

Sila lawati laman web V17ARDF2009.BLOGSPOT.COM untuk mendapatkan keterangan lanjut dan terkini.

Terima Kasih.

Tuesday, December 30, 2008

Radio Amatuer at Majalah 3

Radio Amatuer at Majalah 3

Monday, December 22, 2008

Baby BOY..YAHOOOOOO

Assalammulaikum...emmm rasanya lama tak menjenguk web blog sendiri agak QRL.... macam aktiviti yang terpaksa dibuat...ucapan taniah kepada semua rakan-rakan V17 yang berkelapangan membantu pihak MARES di tragidi tanah runtuh di bukit antarabangsa...




Alhamdulillah dan sukur kupohon kan kepada ilahi.. kerana pada tanggal 06 December 2008 aku di kurniakan anak yang ke tiga ku seorang hiro pewaris ku..... SYL ku selamt melahirkan baby pada jam 4.21petang (1621 hours) dengan berat 2.79kg....terima kasih juga ku ucapkan kepada semua jururawat & doctor di Hospital Ampang Selangor...yang menjaga Baby dan SYL ku semasa di hospital....

ni gambar baby ku yg berusia 1 hari...selamat datang "SHAHRUL ARIFDANIAL" kedunia ni semoga dengan kehadiran mu akan menceriakan lagi hidup kami sekeluarga...

YAHOOOO

de 9w2sna

Thursday, September 04, 2008

Fox Hunting di Melaka

Salam dan selamat berpuasa rasanya masih tidak terlambat untuk ku ucapkan tahniah untuk rakan-rakan ku yang telah berjaya menagkap musang di melaka dengan kedudukan tempat pertama, kedua & ketiga sangat dibanggakan selepas menawan tasik titiwangsa kini MELAKA...buat masa ini gambar tidak dapat di masukkan tungguuuu...ganbar yang menggemparkan....dari V17

Mulu Cave Serawak

Pada 28 - 31 August 2008 office aku telah mengadakan satu rombongan ke mulu serawak, Jadual perjalanan ku amat padat tetapi amat menyeronokan, pada 28.08.08 aku telah memulan perjalanan dari offices di kl sentral menaiki ERL menuju ke KLIA menaiki MAS boing 737-400 menuju ke MIRI singgah semalam di MIRI kerana hanya ada 2 penerbangan ke MULU. Menikmati pemandangan Bandar MIRI yang terkenal dengan bandar minyak.... Kami tidur di Mega Hotel. memandangkan keadaan ku yang kurang sihat aku malas untuk ronda town MIRI aku mendapat pangilan dari SYL tercinta bahawa 2 harmonik ku juga kurang sihat. Pada 29.08.08 menaiki MASWING (foker 50) menuju ke MULU. kami menginap di MULU RESORT. di sebelah petang kami menuju ke MULU Park untuk menikmati pemandangan gua batu kapur sehingga ke petang, balik ke resort dan berehat, pada 30.08.08. disebelah pagi aku menaiki long boat untuk menuju beberapa gua lagi...bak kata kala gi mulu asik tengok gua jee........ keadaan cuaca di MULU di sebelah petang asik hujan sahaja. begitu lah perjalanan ku ke mulu...

Thursday, July 24, 2008

MARES DI JOHOR

MARES Team bersama rakan-rakan member pertolongan bantuan komunikasi..." Apa itu AMATUER RADIO"



SELAMAT MENONTON

Thursday, June 19, 2008

KEMALANGAN

Hari ini (25.04.2008) nasib agak malang aku terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya di kawasan batang kali semuanya 4 bijik kereta aku yang nombor 3...tetapi yang paling membengangkan kau ialah mamat kereta tunda ingat aku adalah budak tunda jugak disebabkan kereta ku ada antena yang mencucuk langit, tapi aku tidak salahkan mereka kerana mereka tidah kenal apa itu RADIO AMATUER walau apa pun aku tetap berasa sukur kerana semua keluarga ku selamat didalam kemalangan itu cuma kereta ku sahaja yang rosak...biarlah asalkan keluarga selamat sudah cukup bagi ku...
73
cario

Tuesday, May 13, 2008

Gunung Nuang - Amateur Radio - TV3 Bulletin 11/05/08

TANIAH KEPADA RAKAN-RAKAN

Wednesday, May 07, 2008

RADIO PROCEDURES DURING EMERGENCIES

Monday, May 05, 2008

WHY AMATEUR RADIO EMERGENCY SERVICE ARE NEEDED DURING DISASTER

Class RAE 2008

Dear SWLs,

We are please to informed that MARES will be organizing a RAE
preparation class this weekend and please find the details below:

Program : RAE Preparation Class
Date : 10th & 11th May 2008 (Saturday & Sunday)
Time : 8.30am - 5.30pm
Duration: 2 Days
Venue : Dewan Serbaguna, Jab. Perpaduan Daerah Petaling Jaya

Program Fee : RM100.00 Non MARES member
RM80.00 MARES member
(Inclusive of Program material,tea break & lunch)

For confirmation and registration, please LL to 9M2SQL - Mutalib at 017
6391632.

73, de
9W2ROI
Please Refer To MARES

Monday, March 10, 2008

Radio Amateur 1

Radio Amatuer 2

Tuesday, February 19, 2008

NOTIS PENUNDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG KE-TUJUH MARES - 16 MAC 2008

Saudara/Saudari,

NOTIS PENUNDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG KE-TUJUH MARES

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tarikh Mesyuarat Agung Ke-Tujuh MARES telah DITUNDA ke hari

Tarikh : Ahad – 16hb Mac 2008
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Rumah Kelab MARES, 4A Jalan Tinggi 6/12 Seksyen 6 46000 Petaling Jaya
Aturcara :
09.00 pagi - Pendaftaran Ahli
10.00 pagi - Mesyuarat Agung dimulakan.

Agenda:
i. Perlantikan Pengerusi Majlis
ii. Pembentangan Laporan Tahunan
iii. Pembentangan Laporan Kewangan
iv. Perkara Berbangkit
v. Perletakan Jawatan Exco 2006-2007
vi. Perlantikan Exco 2008-2009
vii. Ucapan Penangguhan
12.30 tghari - Jamuan makan

Penundaan ini adalah di atas permintaan ahli-ahli dan telah dipersetujui oleh Presiden.
Saudara/Saudari sebagai Ahli MARES adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung ini.
Untuk menjimatkan kos, semua ahli-ahli dalam kawasan Lembah Kelang boleh mendapatkan naskah Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan di rumah kelab di alamat 4A Jalan Tinggi 6/12, Seksyen 6, 46000 Petaling Jaya. Jika anda perlu ia boleh juga didapati dengan memesan melalui e-mel: admin@mares.org.my . Cuma naskah yang terhad sahaja akan disediakan dihari Mesyuarat Agung nanti.
Kehadiran saudara/saudari sangatlah di hargai demi perjuangan persatuan.

Salam hormat.

AZIZUL GHAZALI, 9W2FD
Setiausaha Kehormat
s.k:
1) Y Berusaha Presiden MARES
2) Pendaftar Pertubuhan Cawangan Wilayah Persekutuan
* Surat Notis Penundaan Mesyuarat Agung ke 7 MARES, telah dihantar pada 18 Februari 2008.
NEVER SEND SPAM. IT IS BAD.

Petikan dari: MARES

Related Posts with Thumbnails