a

Tuesday, January 09, 2007

Gambar sekitar operasi bantuan komunikasi dan kemanusiaan

Sekalung Taniah kepada rakan-rakan Ham dimalaysia terutama dari MARES yang telah membantu mangsa-mangsa banjir di JOHOR. Gambar-gambar sekitar operasi bantuan komunikasi kecemasan dan operasi pengagihan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di daerah Segamat, Johor boleh dilihat dilaman berikut:-
http://segamat.mares.org.my

Bencana Banjir Johor 2006 - Anggota MARES turun padang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
A write up from 9M2AU is now published on the website, in regards to whathas MARES did during the flood in Segamat. www.mares.org.my

------------------------------------------------------------------
SEGAMAT – BENCANA BANJIR JOHOR 2006
Anggota MARES turun ke padang.
Oleh: Abdul Aziz Mohd Nor, 9M2AU.R

Ramai dari rakan Radio Amatur yang kurang arif tentang apakah tugas danfungsi MARES atau Radio Amatur yang lain dalam sesuatu kejadian bencana. Danbaru –baru ini berlakusatu kejadian bencana banjir yang terbesar di NegeriJohor.

Johor - 19 Disember 2006

Banjir yang belaku pada kali ini adalah yang terburuk semenjak tahun 1971.Sejak 19 Disember 2006. Pihak BKN (Bahagian Keselamatan Negara) mencatatkanlebih dari 120,000 penduduk dipindahkan, mereka semua ditempatkan di 153pusat pemindahan di sekitar Johor. Bencana kali ini telah menguji tahapkecekapan kita. Walau bagaimana pun bencana ini berbeza dengan Tsunami padatahun 2004 dan banjir yang berlaku pada 2002 di Kuantan, mahupun kejadianHighland Tower dan nahas pesawat kapal Terbang.

Namun bencana kali ini melibatkan kawasan yang luas dan kami amat berbanggakerana masa pertama 48 jam yang dianggap masa yang paling kritikal padaanggota-anggota penyelamat kerana biasanya ini lah ketikanya semua agensipenyelamat menjadi kelan kabut namun ianya dapat diatasi dengan baikwalaupun terdapat beberapa halangan yang terpaksa anggota kita alami, dansaya amat berbangga dan bagi pihak MARES mengucapkan ribuan terima kasihkepada 9W2JAZ, 9W2RI dan 9W2TNK yang bergerak pantas ke Segamat pada 20hbDisember 2006.

Pada 20hb Disember 2006 juga, pihak MARES telah di panggil secara rasmi olehpihak JPA3 Segamat untuk misi membantu menyediakan komunikasi kecemasan.Pihak MARES di ketuai oleh 9W2JAZ bersama 9W2RI, 9W2TNK terus pergi keSegamat bersama beberapa rakan-rakan di Segamat seperti 9W2PCK, 9W2MG,9W2CAB, 9W2RTT, 9W2LOO dan lain-lain.

Sebelum pihak MARES sampai ditempat kejadian ahli-ahli radio amatur daridaerah Segamat telah mula beroperasi menggunakan simplex VHF dan jugamemasang Mobile Repeater menggunakan frekuensi 9M4RME. Apabila kumpulanMARES dari Kuala Lumpur sampai mereka terus memasang peralatan komunikasidi JPA3 Segamat. Dan juga sebuah genset tunggu sedia berkeupayaan 2KVAditempatkan oleh anggota MARES di JPA3 Segamat.

Di JPA3 Segamat tiga buah alat VHF mobile di tempatkan bersama satu alatKomunikasi VHF AM (Ground to Air Coms). Sementara itu juga beberapa alathandy VHF juga ditempatkan di bilik gerakan JPA3. Sebuah alat HF juga ditempatkan dan beberapa buah antenna di tegakkan. Dan satu stesen lagi diBilik Gerakan Banjir di Ibu Pejabat Polis Segamat (IPD) segala maklumat banjir terus disampaikan dari bilik gerakan banjir IPD Segamat di BilikGerakan ini terdapat Polis/Tentera/ Bulan Sabit dan juga pihak MARES.Perhubungan diantara Bilik Gerakan Banjir IPD dan JPA3 adalah melalui VHFSimplex. Sementara itu mobile repeater juga di tempatkan di Daerah Segamat.Mobile Repeater ini digunakan untuk perhubungan jarak jauh iaitu yang manaia membolehkan repeater ini bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain bagimemantau dan memberi maklumat mangsa banjir ke bilik gerakan Oleh keranaJPA3 di daerah Segamat adalah cawangan yang kecil maka misi Mares waktu iniadalah untuk membantu JPA3 menyediakan sistem komunikasi kecemasan danmengkordinasikan segala perhubungan antara pihak JPA3.

Pada 21 Disember 2006, 9W2PJB, 9M2ABC, 9W2MRR dan 9W2RNJ bersama sepasukan jet skies dari Xplore Force Sdn Bhd. diketuai oleh En Hamdan Hj Idris dengan12 orang anggota dan 4 buah jet ski penyelamat terus pergi ke Segamat bagimembantu misi mencari dan menyelamat di laluan sukar. Ada sesetengah tempatbot-bot penyelamat tidak dapat memasuki kawasan yang ditenggelami air, makapenggunaan jet-ski adalah lebih praktikal. Untuk maklumat jet-ski ini adalahjenis yang direka khas untuk kegunaan ”RESCUE”, ianya tidak sama sepertiyang anda lihat di tepi-tepi laut.

Setiap 1 jam pihak IPD akan memanggil COMCEN (JPA3) melalui alat VHF danmemberi lapuran mengenai mangsa-mangsa yang dipindahkan. Dan juga maklumatterkini mengenai tempat yang ditelenggami air dan juga jalan-jalan yangterputus kerana ditelengelami air. Pada ketika ini mana-mana kenderaanyang hendak mamasuki Segamat perlu melalui jalan dari Kuala Pilah , Sertingdan Kratung saje yang boleh dilalui semua kenderaan. Semua jalan-jaln laintidak boleh dilalui.

Pada 22 Disember 2006, 9M2AU, 9M2/V8BDI, 9M2/V8BDM dan 9W2SF dengan duabuah pacuan 4 roda bergerak ke Segamat untuk bantuan tambahan. Kumpulantersebut tiba pada jam 1500 dan terus menurunkan peralatan komunikasitambahan seperti IC-706MKIIG dan bateri tambahan. Sebuah lagi antenna HFdipasangkan di Comcen (JPA3 Segamat). Test call dibuat pada petang tersebutdan berjaya berhubung dengan 9M2AR. Pada petangnya 4 buah jet-ski dihantarketempat-tempat yang masih lagi dinaiki ai dan sampai disatu tempat iaitudisebuah balai raya disini mereka memerlukan bekalan makan dan selimut.Terdapat lebih dari 65 orang di sekitar kawasan ini yang memerlukan bantuan.Segala maklumat di hantar melalui VHF terus dari tempat kejadian ke Comcen.Comcen kemudian menghubungi IPD dan bantuan terus disalurkan ke tempatkejadian.

9W2AMR telah membantu dengan manghantar 3 buah pacuan 4 roda dari Gombak.Pada jam 2200 kumpulan yang terdiri dari 3 buah pacuan 4 roda Gombak diketuai oleh Abang Din tiba di Segamat bersama dengan 9WSQL dan 9W2CIK.

Pada 23 Disember 2006, sekitar janm 0036hrs, maklumat diterima memaklumkanbahawa air banjir telah mula naik di Kpg Jawa, Segamat. Pada jam 0058 maklumat diterima dari IPD melalui VHF bahawa Jalan FeldaMedui Kg Loga air naik sedalam 1 kaki dan pada jam 0141hrs Jalan Felda MeduiKg Loga Jalan ditutup. Air telah naik sedalam 2 kaki pada jam 0309 dan JalanSegamat Tangkak ditutup kedalaman air 0.7m dan hampir sepuluh jalan telahditutup sepenuhnya kerana air naik lebih dari 2 kaki sehingga 4 ½ kaki.Pada jam 1007hrs Jalan Segamat - Kuantan ditutup air naik sedalam 3 kaki.Pada jam 1500hrs 3 buah 4x4 terus masuk ke kampung yang terlibat bersama anggota JPA3 bagi membantu menyalurkan makanan kepada kawasan yang sukar dilalui oleh kenderaan biasa.Pada jam 1500hrs 9W2JAZ, 9W2SF dan 9M2AU pergi melawat ke tempat kawasanyang dilanda banjir dan membuat penilaian selanjutnyadi kawasan Kg Tengku 3,Pekan Buluh Kasap dan Kpg Batu Badak. Maklumat kemudianditerima mengatakansemua banjir didaerah Segamat sedang beransur pulih.Pada 24 Disember 2006, banjir didaerah Segamat beransur pulih. Padapetangnya, kami semua bergerak balik ke KL dan semua keadaan adalah didalam kawalan.

Misi Kedua – 28 Disember 2006

Pada 28 Disember 2006, MARES di panggil oleh Yayasan Salam untuk menyertai masyuarat membantu menyediakan dan mengedarkan makanan ke Segamat. Di dalammesyuarat ini MARES diberi tugas menjadi ketua misi. Kali ini pihak MAS(Malaysian Airline System) dari EMC (Emergency Management Centre) jugatelah menyertai misi dimana mereka menyediakan lebih kurang 11 orang anggota. Pihak Nationwide Express pula menyediakan sebuah lori 5 tan untukmembawa barangan seperti beras dan lain-lain dengan dibantu oleh pihak JPA3.Pergerakan konvoi dari KL berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada JPA3Kuala Lumpur yang telah banyak membantu dalam menjayakan misi kali ini. .

Pada 29 Disember 2006, semua konvoi berkumpul di Yayasan Salam pada jam1200, dan semua konvoi mula bergerak ke Segamat pada jam 1430. Konvoi yang pertama terdiri daripada kenderaan JPA3, diikuti oleh kenderaan darikumpulan MAS dan kenderaan anggota MARES yang terdiri dari 9M2ABC, 9W2JAZ,9W2SQL, 9W2BBS dan SWL HELMI. Sebanyak 4 buah pacuan 4 roda, sebuah vandengan kakitangan MAS dan juga sebuah lori Nationwide Express dengan muatanbarang makanan dan lain lain digunakan didalam misi kali ini.

Sementara itu, kumpulan kedua dari MARES yang terdiri dari 9M2AU, 9W2SF,9W2CCW dan XYL beliau bergerak dari Kuala Lumpur pada jam 1730. Dua pacuan 4roda digunakan oleh kumpulan ini untuk bergerak ke Batu Pahat. Dalamperjalanan ke Segamat, 9W2JAZ menghubungi 9M2AU dan meminta bantuan 4x4 dalam misi di Segamat, pihak kami membatalkan rancangan kami ke Batu Pahatdan kami terus menuju ke Segamat bagi membantu rakan disana.

Sampai di Segamat kumpulan misi ini kesemuanya ditempatkan di Dewan Jubli Intan, Segamat. MARES kemudian memasang dua unit VHF mobile set, dan satuunit HF FT100, sebuah antenna VHF dan sebuah HF antenna dipasang di tempattersebut. Pada keesokkannya pihak JPA3 meminta bantuan MARES untuk berhubungdengan bilik gerakan JPA3 Kuala Lumpur. Perhubungan kemudian dilakukanmenggunakan alat HF dimana semua maklumat mengenai pergerakan di Segamattelah disampaikan ke Bilik Gerakan Bahagian Operasi JPA3 Kuala Lumpur.

Misi kali ini adalah bertujuan untuk mengedarkan makanan yang telah dimasakoleh anggota-anggota MAS. Sebanyak 2,000 bungkusan makanan dan minuman berjaya diedarkan dalam masa dua hari, dan kumpulan misi juga turutmenghulurkan bantuan berupa beras, susu, pempers seperti lagi kepadaibu-ibu tunggal dan warga emas. Ianya diedarkan kepada mangsa-mangsa banjirdimana, pihak kami menggunakan beberapa buah pacuan 4 roda untuk memasukikampung-kampung yang terlibat dan mengedarkannya ke penduduk kampong. Adadiantara mangsa banjir ini tinggal di kawasan pendalaman, dan adadiantaranya menumpang dirumah jiran dan sanak saudara. Pada 30 Disember2006, hari terakhir operasi misi, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha,kumpulan misi kedua ini mengedarkan beras, air mineral,susu, juis dan lainlain kepada mangsa banjir di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Batu Badak.

Kesimpulan:
MARES telah berjaya mendapat perhatian oleh pihak MAS atau PenerbanganMalaysia dari Emergency Management Centre semasa opearsi misi kali ini.Kumpulan EMC ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai peranan danfungsi MARES sewaktu menyertai misi-misi bencana. Mereka akan bawa perkaraini ke pihak atasan supaya dalam misi-misi yang lain mereka ingin turutserta bersama anggota MARES.Sewaktu turun kepadang tempoh hari banyak perkara yang menyayat hati yangdapat kita lihat sendiri dan semasa bertemu bual dengan mangsa-mangsabanjir. Ada yang kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka telah ranapdipukul arus. Kami juga sempat menemu bual dengan seorang bapa dan ibukepada seorang bayi yang berusia baru 3 bulan dimana bapanya menceritakandetik cemas dimana beliau terpaksa naik ketas pokok bagi menyelamatkananaknya dimana pada ketika itu air naik sedalam 10 kaki.Ramai diantara ahli radio amatur ingin membantu dalam misi di Segamat danlain-lain tempat lagi namun akibat kurangnya pengetahuan dan kemahiran ahliradio amatur dalam manandingi sitiwasi seperti ini menyebabkan ianya tidaksampai ketahap yang membanggakan. Salah satu kesilapan yang dilakukan adalahmenyebarkan maklumat yang tidak sepatutnya melalui jalur pengulang danianya dapat didengar oleh kebanyakan radio ham diseluruh negara. Mungkinoleh kerana terlalu ghairah pihak yang tertentu menyebarkan maklumat tanpamendapat kebenaran dari pihak berwajib yang mengendalikan sesuatu bencana,kesilapan seperti ini TIDAK harus berlaku, namun ianya harus diperbaiki dimasa akan datang. Mana-mana ahli radio amatur yang mahu bergiat dalammembantu kerja-kerja mencari dan menyelamat perlu mempelajari sesuatumengenai “Disaster Management” contohnya anda boleh menanyakan sesuatumengenainya dari, JPA3, Bomba Dan Penyelamat dan Bulan Sabit Merah atau melayari internet dan dapatkan maklumat dari RACES, ARES dan RAYNET. Pihak MARES juga ada menerbitkan “Disaster Communication Manual” yang didalamnyadapat membantu sedikit sebanyak tentang persediaan kita dalam menghadapibencana. Salah satu perkara lagi mana-mana pihak atau persatuan harusberganding bahu dalam membantu menyediakan komunkasi bencana supaya tidakada kerja-kerja bertindih dan kita tidak membuang masa mengendalikan sesuatumisi bencana. Harus ada satu kesepakatan dalam menangani masalah ini. Harusdiingat disini tugas kita bukan untuk menunding jari pada mana-mana pihaktapi adalah untuk memperbetulkan kesilapan yang kita telah buat. Sesipost-mortem sesuatu kejadian harus diadakan selewat-lewatnya dua mingguselepas sesuatu kejadian. Contohnya pihak MARES dalam misinya yang pertamatelah mengadakan post-mortem dalam masa 3 hari selepas pulang dari Segamatdan ini membantu apa-apa kekurangan dan kelemahan yang ada pada kita danianya dapat membantu dalam misi-misi yang akan datang. Setiap bencana adasesuatu yang perlu kita pelajari. Dan setiap bencana tidak sama denganmana-mana bencana kerana senario dan lokasinya yang berbeza. Pada ketikainilah kita menggunakan pengalaman yang ada dan hubungan kita antara pasukanpenyelamat dan badan-badan NGO yang lain. Ada banyak perkara lagi yang inginsaya boleh ketengahkan atau paparkan. Akhir kata misi ini dianggap misiyang berjaya dan bagi pihak MARES kami semua mengucapkan ribuan terima kasihkepada semua anggota-anggota MARES yang terlibat dalam menjayakan misi initidak ketinggalan JPA3, Yayasan Salam, MAS (Emergency Management Centre) dan Nationwide Express tak lupa juga rakan-rakan ham dari Segamat dan jugarakan-rakan ham yang lain yang telah membantu dalam menjayakan misi ini.Semoga kita semua dapat bekerjasama dalam misi-misi yang akan datang.Akhir kata bagi mereka-mereka yang tidak mampu bersama kami dalam sesuatumisi anda boleh membantu dengan menghulurkan bantuan lain seperti peralatankomunikasi, sleeping bag, makanan dan minuman kewangan dan lain-lain lagi.

Terima kasih.

Written by 9W2BBS - Fahroe Ibrahim

Related Posts with Thumbnails