a

Thursday, September 27, 2007

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!




Wednesday, September 19, 2007

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim

ASSALAMMUALAIKUM...RAKAN-RAKAN RADIO AMATUR ADA MEMBUAT AKTIVITI MAJLIS BERBUKA PUASA
BERSAMA ANAK-ANAK YATIM. KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERKELAPANGAN DAN INGIN MENDERMA BOLEHLAH ANDA MEMBACA INFO DIBAWAH INI:-

1) Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim & Rakan Amateur Radio di Sg Besar

Assakamualaikum dan selamat berpuasa

Saya bagi pihak rakan Amateur Radio Sungai Besar mempersilakan semua rakan ham dan SWL untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan rakan
amateur radio bagi meraikan anak-anak yatim di samping mengeratkan silaturrahim sesama kita di bulan Ramadan al-Mubarak ini.

Tarikh : 30 Sept. 2007 / 18 Ramadan
Hari : Ahad
Masa : 5.00 pm - 10.30 pm ++
Simplex : 145.300 Mhz (V24)
Tempat : Asrama Anak Yatim, Parit 1 Barat (rujuk peta)
Jumlah Anak Yatim : 47 orang (22 Lelaki, 25
Perempuan)7 - 17 Tahun

Aturcara Majlis

5.00 pm
- Kehadiran Rakan Ham
- Beramah mesra
- Demo Komunikasi Radio Amatur

6.30 pm
- Majlis Tahlil
- Doa Selamat

7.17 pm
- Berbuka Puasa
- Solat Magrib
- Tazkirah
- Solat Isyak
- Solat Sunat Tarawih
- Morey
- Bersurai

Kepada rakan yang berhajat untun menderma, sebarang bentuk sumbangan dialu-alukan seperti makanan (beras dll), Pakaian terpakai, alat tulis, buku dll.
Maklumat lanjut, hubungi HUSSAIRY 9W2VVH 019-2585759.
Kepada rakan yang dapat datang (comfrim)harap dapat sms saya dan nyatakan bilangan yang ikut serta untuk tujuan pengurusan.

Semoga kehadiran anda akan memeriahkan majlis dan memberi keberkatan kepada kita. Insyaallah.

Sekian, wassalam

Hussairy 9W2VVH
Sungai Besar
019-2585759


P/S Petikan Dari 9W2VVH - Sungai Besar

-------------------------------------------------------------------------------------

2) Majlis Berbuka Puasa Dengan Anak Yatim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, satu program berbuka puasa dengan anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong akan diadakan pada Ahad, 23 September 2007 ini. Majlis adalah anjuran 9W2AXE bersama rakan-rakan radio amatur.

Rumah Amal Limpahan Kasih, mempunyai seramai lebih kurang 60 orang penghuni, yang terdiri daripada kanak kanak lelaki dan wanita (30%)berumur dari 3 hingga 15 tahun.

Selain daripada program berbuka puasa, satu kutipan derma juga akan diadakan. Penghuni rumah tersebut memerlukan bantuan wang tunai,keperluan persekolahan, pakaian, makanan, perabut terpakai, basikal (untuk anak-anak ke sekolah) dan permainan. Mana-mana rakan yang mempunyai barang diatas bolehlah menderma kepada rumah tersebut. Walau bagaimanapun, diminta agar barang-barang yang hendak didermakan
dipastikan dalam keadaan baik.


Aturcara Program adalah seperti berikut:-

Tarikh: Ahad 23 September 2007
Masa: 4.00 petang - 9.00 malam
Lokasi: Rumah Amal Limpahan Kasih, Lot 115A, Lorong Bistari 3, Kg Sri
Aman, 47100, Puchong, Selangor.
Peta Lokasi: Sila lihat disini -
http://www.mares.org.my/pix/map-anakyatim07.jpg


Aturcara Majlis:

* 4.00 petang - Joyride dengan kenderaan 4x4 untuk kanak-kanak *
* 7.00 petang - Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib
* 8.00 malam - Jamuan makan malam dan demonstrasi radio amatur

* Diminta rakan-rakan ham yang mempunyai kenderaan 4x4 dijemput hadir bagi acara ini.

Kami menjemput semua rakan-rakan radio amatur, untuk menghadiri dan membantu acara ini. Bantuan terutamanya diperlukan dalam semasa penyediakan makanan dan memasak, dan juga ketika cara Joyride 4x4 bersama kanak-kanak yatim. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saudara Azhar 9W2AXE di talian 019-2225724 (atau SMS) atau melalui email di
9w2axe@gmail.com.

Semoga bantuan yang diberikan akan mendapat rahmat dan diberkati. Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan bantuan yang diberikan.

p/s: Tolong sahkan kehadiran anda dengan 9W2AXE dengan kadar segera,
bagi mementukan jumlah makanan yang akan diperlukan/dimasak.

Terima kasih.

P/S Petikan Dari 9W2AXE

73
Dari 9W2SNA
(Ringankanlah Beban Hulurkanlah Bantuan)

Related Posts with Thumbnails