a

Monday, December 18, 2006

RADIO AMATUR SATU KEPERLUAN UNTUK AKTIVITI LUAR.

Gara-gara tindakan sekumpulan pendaki bukit menyalakan lampu kecemasan ketika berada dipuncak Bukit Taboh, Taman Melawati pada 16 Disember lalu, agensi penyelemat dilaporkan telah membazirkan wang kira-kira RM 7,000. Kos yang membabitkan operasi dua helicopter unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama 25 anggota penyelamat serta 3 trak Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).
Sememangnya tindakan kumpulan pendaki remaja tersebut tidak wajar dan dianggap keterlaluan. Samada mereka sedar atau tidak ianya telah merugikan wang rakyat untuk satu operasi yang "bodoh" akibat dari tindakan suka-suka. Senario ini hampir sama dengan kes panggilan palsu Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Bagaimanapun satu pujian harus diberikan kepada anggota penyelamat yang berusaha keras dan bertindak pantas bagi menghantar bantuan kecemasan kepada kumpulan pendaki yang sengaja bermain-main dengan isyarat kecemasan. Walaupun begitu, satu perkara yang harus diberi perhatian ialah ketidak pekaan rakyat Malaysia tentang kegunaan isyarat kecemasan serta persediaan mereka untuk sebarang aktiviti luar terutama dari aspek komunikasi.
Adalah tidak menjadi keterlaluan sekiranya dicadangan selepas kejadian sebegini rupa tidak berulang, setiap kumpulan atau individu yang ingin melakukan aktiviti lasak dan luar (outdoor) perlulah memiliki lesen radio amatur atau membawa individu yang memiliki lesen radio amatur selain dari melaporkan eksipidisi mereka di Balai Polis yang berhampiran.
Sememangnya perkara nampak remeh dan cerewet, akan tetapi demi keselamatan serta pembaziran wang ianya satu keperluan. Mana yang lebih baik, samada membuat syarat dan ketetapan atau membazirkan wang lebih tujuh ribu untuk satu perkara yang bodoh.
Dengan adanya individu yang mempunyai peralatan komunikasi radio, perhubungan boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan. Setidak-tidaknya sekiranya berlaku perkara seperti ini agensi penyeleamat atau mana-mana operator radio amatur boleh mengesahkan sesuatu kejadian sebelum sebarang tindakan diambil.
Hobi radio amatur sememangnya telah lama berada dinegera ini, akan tetapi berapa ramai orang yang berminat serta tahu akan peri pentingnya radio amatur dalam kehidupan harian. Malah peminat radio amatur sering disalah anggap oleh masyarakat dengan mengatakan mereka ini sebagai "tonto" yang mengintip pergerakan penguatkuasa. Ini kerana keadaan kenderaan serta peralatan yang digunakan hampir sama tetapi tidak serupa.
Seperkara lagi yang harus diberikan perhatian oleh kerajaan ialah dengan menwujudkan satu ferkuansi kecemasan dimana ahli radio amatur, agensi penyelamat kerajaan serta pihak-pihak lain yang sentiasa terlibat dalam aktiviti mencari dan menyelamat boleh berinteraksi diantara satu dengan yang lain sekiranya berlaku kecemasan.
Sehingga hari ini, setiap agensi penyelamat mempunyai ferkuansi serta jaluran komunikasi mereka sendiri. Ianya telah menyukarkan semua pihak yang terlibat dalam sesuatu operasi mencari dan menyelamat. Malah ketidak seragaman ini telah menyukarkan lagi operasi bukan memudahkannya dan melibatkan kos yang lebih tinggi.
Untuk itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlulah memikirkjan satu tindakan yang sewajarnya bagi perkara ini. Sebagai badan yang mengawal selia serta memantu perkembangan industri komunikasi dan multimedia dinegara ini perlulah berbuat sesuatu. Janganlah hanya gah dengan nama dan berbagai peraturan yang terkadang tidak masuk akal. Pegawai dan kakitangan yang terbabit perlulah bertindak bukan riak dengan jawatan dan pangkat sahaja tetapi tidak mengetahui fungsi dan peranannya sendiri.
Petikan Dari mymares@yahoogroups.com

Related Posts with Thumbnails