a

Wednesday, August 19, 2009

Majlis Bersama 9M

Alhamdulillah semua perancangan telah di permudahkan olehnya..semalam kami rakan-rakan di wilayah V17 telah mengadakan satu majlis untuk rakan-rakan yang baru lulus RAE yang lalu yang ingin mendapatkan tandatangan 9M. seramai lebih kurang 80 orang yang hadir semalam. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan radio yang lain kerana sudi datang memberikan sokongan bagi menjayakan majlis seperti ini. Terima kasih kepada 9M2RS, 9M2RZL, 9M2ALL, 9M2ADI, 9M2SQL. yang sudi hadir membantu memudahkan rakan-rakan mendapatkan tandatangan 9M dan mudah-mudahan tandatangan itu akan lebih memberi makna sekiranya rakan-rakan kita yang baru lulus ini dapat memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan hobi ini. disini ada sedikit Gambar untuk tatapan....



















kepada yang berjaya selamat berkeudara yang gagal jangan putus asa cuba lagi RAE yang akan datang...

73
9w2sna

member of wilayah v17

Related Posts with Thumbnails