a

Tuesday, November 14, 2006

Peranan radio amatur membantu erat hubungan

RADIO amatur bukan sekadar alat komunikasi sesama ahli atau denganpengguna lain, tetapi turut membantu ketika kecemasan seperti tanahruntuh, sesat di dalam hutan, banjir kilat atau nahas di darat, udaramahu pun air, apabila komunikasi sedia ada tidak dapat digunakan.Jika sebelum ini peralatan komunikasi seperti telefon bimbit digunakanuntuk berhubung, tetapi 'ham radio' memudahkan proses itu, khususnya dikawasan yang tiada talian kerana ia boleh berfungsi melalui tenaga bateriatau generator.Memang ada kod panggilan yang sukar difahami seperti"MEMANGGIL...9W2DZU (diulang dua kal)i atau 9W2DZU going QRT, 73...over". Barisan ayat disulami figura seperti itu kedengaran seperti sistemkomunikasi yang lazim bagi pihak berkuasa, polis atau tentera.Ia memang tidak akan difahami umum, kecuali mereka yang biasa denganpengendalian sistem komunikasi radio. Diterjemahkan, panggilan itu tadibermaksud - keluar dari jaluran atau frekuensi -. Ia kod panggilan atau'callsign' yang mula dituturkan oleh pengguna radio amatur atau lebihdikenali sebagai 'ham radio' untuk berhubung dengan orang lain.Sebenarnya, kod panggilan yang digunakan oleh pengguna radio amaturmembawa maksud pengenalan diri seseorang apabila pengguna berkenaan inginmemasuki talian atau berkomunikasi dengan orang lain.Seorang kontraktor dari Seremban, Hamid Abdullah, 44, yang sudah tigatahun terbabit dalam dunia radio amatur, berkata sistem perhubungan itubermula dengan penggunaan sistem itu oleh tentera British."Ketika berperang, tentera British berhubung melalui cara ini untukurusan menyampaikan bantuan kepada mangsa peperangan atau menyalurkanmaklumat kepada pihak atasan."Sejak itu, penggunaan sistem berkenaan berterusan di negara ini dankini semakin meluas untuk berhubung ketika mengendalikan sesuatu programatau aktiviti," katanya.Katanya, sistem seperti itu juga digunakan dalam sukan lasak pacuanempat roda, aktiviti yang kini mula mendapat perhatian pelbagai syarikatdan persatuan sukan di negara ini."Bagaimanapun, penggunaan radio amatur di negara ini terikat denganpelbagai syarat dan etika," katanya, menambah pengguna sistem itu harusmenduduki peperiksaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) terlebih dulu."Hanya jika lulus peperiksaan berkenaan, barulah pemohon layak menerimalesen menggunakan radio amatur dengan jumlah bayaran dikenakan mengikutkelas sistem yang dipohon," katanya.Kelas A dikenakan bayaran RM36 setahun manakala kelas B dikenakanbayaran RM24 setahun, selain RM60 sebagai yuran pendaftaran.Hamid menganggap pembabitannya dalam bidang itu lebih menjurus sebagaihobi dalam menjalin hubungan dengan pelbagai peringkat masyarakat dalamdan luar negara."Selain bertanya khabar, sistem perhubungan ini turut digunakan apabilakami terbabit dalam pelbagai aktiviti sukan lasak, program berkaitan alamsekitar serta program kemasyarakatan."Penggunaan radio amatur dapat memudahkan tugas jika menghadapisebarang masalah, terutama apabila berada jauh di pedalaman atau dalamhutan," katanya.Beliau yang juga Pengarah Urusan Nine Adventure, syarikat pengurusanaktiviti sukan lasak, termasuk pacuan empat roda di Negeri Sembilan,berkata radio amatur memang memberikan banyak kelebihan kepadapenggunanya.Rakannya, Mazlan Shamsuddin, 48, yang mula berjinak dengan hobi itu,berkata sistem perhubungan seperti itu menyeronokkan kerana dapatberhubung dengan ramai kenalan tanpa perlu mengeluarkan belanja.Baru-baru ini, 300 pengguna radio amatur seluruh negara berhimpun padamajlis anjuran Rakan Radio Amatur Kuala Pilah di Perkampungan BudayaTerachi, Negeri Sembilan untuk bertanya khabar dan membincangkan aktivititahun ini."Kami perlu juga berjumpa dan bertentang mata walaupun dapat berbualmelalui radio amatur yang ada batasannya. Menjadi kesalahan dan bolehdikenakan tindakan jika berbual mengenai isu sensitif."Pengguna radio amatur tidak boleh membincangkan isu agama, politikatau peribadi yang menjejaskan imej seseorang secara terbuka melaluisistem ini," katanya.Seorang lagi ahli, Zulkifli Sulaiman, 43, berkata kemahiran menggunakanradio amatur memberikan banyak manfaat kerana ia juga dapat disalurkanuntuk membantu pihak yang memerlukan."Sebelum ini, sistem perhubungan itu digunakan ketika kami dimintamemberi bantuan kecemasan menyelamatkan kumpulan remaja yang sesat dihutan Gunung Angsi, Kuala Pilah," katanya

Related Posts with Thumbnails