a

Friday, December 22, 2006

Bantuan Sukarelawan Diperlukan - URGENT!!!!

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,
Memandangkan keadaan banjir yang semakin serius di Johor dan Melaka, MARESmemerlukan lebih ramai sukarelawan untuk ke tempat kejadian bagi membantuoperasi sokongan komunikasi di kawasan kawasan yang terlibat. Kepada mereka yang ingin membantu, sila hubungi
Aziz - 9M2AU - 016-9007763
Jazrin - 9W2JAZ - 019-3873241
Fahroe - 9W2BBS - 012-2353769

Jenis operasi - EXTENDED 48 hours operation.Sila sediakan peralatan dan bekalan yang sesuai untuk operasi ini. Lihat http://www.mares.org.my/mambo/index.php?option=com_content&task=view&id=189&Itemid=1untuk panduan persediaan operasi.

Dimaklumkan bahawa, mereka yang terlibatdalam operasi ini, adalah diminta untuk menyediakan peralatan diri sendirisecukupnya. Di harap lebih ramai rakan-rakan dapat membantu memandangkan keadaan semakinkritikal.
Terima kasih.

Daripada:
Regards,FahRoe Ibrahim
Petikan daripada mymares@yahoogroups.com

Thursday, December 21, 2006

TERKINI! Penangguhan Latihan Komunikasi Kecemasan 1/2007

Untuk makluman, Latihan Komunikasi Kecemasan, Mencari dan Menyelamat (SAREX) siri 1/2007 yang dijadualkan pada 13 Januari 2007 sehingga Ahad 14 Januari 2007, DITANGGUHKAN ke suatu masa yang akan dimaklumkan kelak. Ini adalah kerana situasi banjir yang dijangka akan berlarutan sehingga ke penghujung bulan Januari 2007.
Buat masa kini, MARES sedang melancarkan operasi bantuan komunikasi kecemasan di Segamat, Johor.Ahli-ahli yang boleh membantu operasi tersebut dari sudut masa, tenaga, peralatan dan kewangan diminta berhubung dengan 9M2AU Aziz, 9W2DJ Dahalan ataupun 9W2BBS Fahroe di Repeater 9M4RES.

Sila lawat laman web MARES untuk mendapat berita terkini. http://www.mares.org.my
Terima Kasih dan Harap Maklum.

Written by 9W2FD - Azizul Ghazali

Monday, December 18, 2006

RADIO AMATUR SATU KEPERLUAN UNTUK AKTIVITI LUAR.

Gara-gara tindakan sekumpulan pendaki bukit menyalakan lampu kecemasan ketika berada dipuncak Bukit Taboh, Taman Melawati pada 16 Disember lalu, agensi penyelemat dilaporkan telah membazirkan wang kira-kira RM 7,000. Kos yang membabitkan operasi dua helicopter unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama 25 anggota penyelamat serta 3 trak Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).
Sememangnya tindakan kumpulan pendaki remaja tersebut tidak wajar dan dianggap keterlaluan. Samada mereka sedar atau tidak ianya telah merugikan wang rakyat untuk satu operasi yang "bodoh" akibat dari tindakan suka-suka. Senario ini hampir sama dengan kes panggilan palsu Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Bagaimanapun satu pujian harus diberikan kepada anggota penyelamat yang berusaha keras dan bertindak pantas bagi menghantar bantuan kecemasan kepada kumpulan pendaki yang sengaja bermain-main dengan isyarat kecemasan. Walaupun begitu, satu perkara yang harus diberi perhatian ialah ketidak pekaan rakyat Malaysia tentang kegunaan isyarat kecemasan serta persediaan mereka untuk sebarang aktiviti luar terutama dari aspek komunikasi.
Adalah tidak menjadi keterlaluan sekiranya dicadangan selepas kejadian sebegini rupa tidak berulang, setiap kumpulan atau individu yang ingin melakukan aktiviti lasak dan luar (outdoor) perlulah memiliki lesen radio amatur atau membawa individu yang memiliki lesen radio amatur selain dari melaporkan eksipidisi mereka di Balai Polis yang berhampiran.
Sememangnya perkara nampak remeh dan cerewet, akan tetapi demi keselamatan serta pembaziran wang ianya satu keperluan. Mana yang lebih baik, samada membuat syarat dan ketetapan atau membazirkan wang lebih tujuh ribu untuk satu perkara yang bodoh.
Dengan adanya individu yang mempunyai peralatan komunikasi radio, perhubungan boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan. Setidak-tidaknya sekiranya berlaku perkara seperti ini agensi penyeleamat atau mana-mana operator radio amatur boleh mengesahkan sesuatu kejadian sebelum sebarang tindakan diambil.
Hobi radio amatur sememangnya telah lama berada dinegera ini, akan tetapi berapa ramai orang yang berminat serta tahu akan peri pentingnya radio amatur dalam kehidupan harian. Malah peminat radio amatur sering disalah anggap oleh masyarakat dengan mengatakan mereka ini sebagai "tonto" yang mengintip pergerakan penguatkuasa. Ini kerana keadaan kenderaan serta peralatan yang digunakan hampir sama tetapi tidak serupa.
Seperkara lagi yang harus diberikan perhatian oleh kerajaan ialah dengan menwujudkan satu ferkuansi kecemasan dimana ahli radio amatur, agensi penyelamat kerajaan serta pihak-pihak lain yang sentiasa terlibat dalam aktiviti mencari dan menyelamat boleh berinteraksi diantara satu dengan yang lain sekiranya berlaku kecemasan.
Sehingga hari ini, setiap agensi penyelamat mempunyai ferkuansi serta jaluran komunikasi mereka sendiri. Ianya telah menyukarkan semua pihak yang terlibat dalam sesuatu operasi mencari dan menyelamat. Malah ketidak seragaman ini telah menyukarkan lagi operasi bukan memudahkannya dan melibatkan kos yang lebih tinggi.
Untuk itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlulah memikirkjan satu tindakan yang sewajarnya bagi perkara ini. Sebagai badan yang mengawal selia serta memantu perkembangan industri komunikasi dan multimedia dinegara ini perlulah berbuat sesuatu. Janganlah hanya gah dengan nama dan berbagai peraturan yang terkadang tidak masuk akal. Pegawai dan kakitangan yang terbabit perlulah bertindak bukan riak dengan jawatan dan pangkat sahaja tetapi tidak mengetahui fungsi dan peranannya sendiri.
Petikan Dari mymares@yahoogroups.com

Wednesday, December 13, 2006

Membuat Roti Canai Yang Sedap

Assalammualaikum.. Kepada mereka yang mempunyai masalah untuk memasak roti canai yang sedap dan rangup, kini sudah ada penyelesaiannya. Sila ke http://www.rahsiaroticanai.com/index.php?ref=shah
Ramuan Istimewa Roti Canai ini akan memastikan anda mendapat roti canai yang memuaskan hati anda.
Tiada di kedai atau di pasaran. Hanya boleh diperolehi secara online daripada kami!

Friday, December 01, 2006

Search And Rescue Exercise (Communication Support) 01/2007

Untuk makluman, MARES bercadang untuk mengadakan satu latihan Mencari danMenyelamat (Bantuan Komunikasi) atau SAREX, pada Januari 2007. Objektiflatihan ini adalah untuk melatih kordinasi prosedur mencari dan menyelamatdidalam kecemasan, terutamanya bagi menyelamatkan nyawa dimasa-masakecemasan. Dengan latihan ini, ahli-ahli akan dapat menyesuakan diri dengankeupayaan dan kerjasama diantara semua pihak, dan juga meningkatkankeupayaan ahli-ahli memberi bantuan kemanusiaan secara lebih efektif dimasakecemasan yang sebenar.Latihan selama 2 hari ini dijangka akan diadakan di kawasan sekitar HuluLangat, Selangor Darul Ehsan. Maklumat lanjut tentang aktiviti ini akandiumumkan dari masa ke semasa.Oleh yang sedemikan, MARES memerlukan bantuan sukarelawan bagi tujuankoordinasi dan persedian aktiviti SAREX ini. Semua ahli-ahli adalah dijemputuntuk menjadi sukarelawan bagi menjayakan aktiviti ini. Mesyuarat pertamabagi sesi sukarelawan akan diadakan pada:-
Har i: Ahad, 3 Disember 2006
Lokasi: Rumah Kelab MARES
Masa : 4 petang.

Mesyuarat akan dikordinasikan oleh saudara Aziz 9M2AU, Lokman 9W2LRT, Fahroe9W2BBS, dan Izad 9W2RI. Sila berhubung dengan nama-nama tersebut untukmaklumat lanjut.Diharap agar ahli-ahli dapat meluangkan masa bagi membantu menjayakan acaraini. Terima kasih. 73

Related Posts with Thumbnails